Apa yang Kak Tymah nak ceritakan di sini adalah pengalaman Kak Tymah sendiri yang real. Bukan dari bacaan, bukan dari pengalaman orang lain, tapi ini benar-benar pengalaman sendiri.
Secara asasnya, biasanya pembeli rumah tidak tahu keadaan tanah, asal usul tempat berkenaan sehinggalah tuan rumah tersebut mendudukinya, jadi ambillah langkah berjaga-jaga demi keluarga terKak Tymahng.
Rumah Kak Tymah dulu, Kak Tymah cuci macam biasa, dengan sabun dan air, lepas tu tolak air keluar, pasang kipas, biar kering... esok lusa kering elok, baru pindahkan barang masuk ke rumah. Senangnya masa tu, langsung tak fikir apa-apa.
Bermulalah episod mimpi masuk tandas yang sangat kotor. Peliknya dalam mimpi tu, Kak Tymah boleh masuk tandas yang banyak macam tandas asrama tu, yang terpalit najis merata-rata, cari satu tandas yang macam ok sikit, lepas tu mandi, dan keluar. Boleh dikatakan hampir setiap hari mimpi yang sama. Sampai dikatakan hampir setiap hari mimpi yang sama.
Dalam mimpi tu memang geli sangat-sangat, tandas penuh dengan najis, tak pernah cuci. Tapi tak tahu kenapa dalam mimpi tu, Kak Tymah masuk jugak pi mandi guna getah paip yang panjangnya tak seberapa, tertunduk-tunduk cuci kepala, badan semua, keluar masuk tandas pun berhati-hati agar najis tak terpalit pada badan.
Lama-kelamaan Kak Tymah jadi letih dengan mimpi tu. Kak Tymah mula berdoa selepas solat, mohon petunjuk dari Allah S.W.T untuk tunjukkan apa sebenarnya yang terjadi.
Maha Suci Allah, malam tu juga Kak Tymah mimpi. Masih mimpi yang sama, tapi ada TUJUH roh terbang keluar dari tandas berasingan, (ingat ya, tandas Kak Tymah mimpi tu banyak macam tandas asrama) Bentuk lebih kurang macam gambar casper tu, tapi tiada tangan, cuma ada kepala dan ekor, mata sepet macam opera cina.
Tujuh roh tersebut terbang dan terapung di depan Kak Tymah. Salah satunya berkata “ini tempat kami…hang mai sini buat apa, ni tempat kami”
Dalam mimpi tu Kak Tymah jawab “Ni rumah aku, aku beli rumah kat sini”
Ketua yang seekor tadi jawab lagi “Kami dah duduk sini lagi lama..dari dulu lagi, jadi ni tempat kami”
Kak Tymah tetap pertahankan rumah Kak Tymah “Hang dok dunia hang la, ni rumah aku sekarang, dah, jangan kacau aku”
Kak Tymah pusing belakangkan mereka, lepas tu terjaga dari tidur jam 3 pagi. Hampir setiap hari mimpi begitu, lepas tu mimpi berdialog dengan mereka hampir setiap dua minggu. Sangat meletihkan.
Setelah 5 tahun tinggal di situ,dah berkahwin, dan beranak, Kak Tymah risau keselamatan anak dan buat keputusan untuk jual saja rumah itu. Kak Tymahng rasa, rumah elok, tapi selagi ada kaitan dengan rumah tu, memang tak tenteram.
Selama lima tahun itu jugalah macam-macam yang Kak Tymah lalui.. nanti Kak Tymah akan cerita lagi dalam entry seterusnya

No comments:
Post a Comment