Selama ketika Kak Tymah tinggal di rumah tersebut, ada terdengar bunyi pasir bertaburan di atas bumbung. Pada mulanya, Kak Tymah buat tak peduli saja. Namun kejadian pada satu malam itu membuatkan Kak Tymah tersedar yang Kak Tymah diekori oleh benda tersebut.
Pada satu malam tu, Kak Tymah sedang memasak di dapur, Kak Tymah mendengar bunyi pasir di atas bumbung betul-betul atas kepala tempat Kak Tymah berdiri. Kemudian, Kak Tymah pergi ke ruang tamu depan dan memasang tv. Masa buka tv tu, Kak Tymah dengar lagi bunyi pasir atas bumbung di ruang tamu depan pula. Kak Tymah rasa pelik, terdetik dalam hati, 'Bunyi ni ikut aku ke?'
Lepas pasang TV Kak Tymah kembali ke dapur sambung masak, dan dengar lagi bunyi pasir di atas bumbung betul-betul atas kepala tempat Kak Tymah berdiri. Masa tu Kak Tymah fikir, macam mana nak buat ni, hati dah mula menggelabah. Kak Tymah tutup api dapur dan lari masuk bilik, duduk atas tilam diam-diam. Kak Tymah masih cuba memasang telinga mendengar. Bunyi pasir tadi berbunyi lagi atas bumbung bilik Kak Tymah pula.
Kak Tymah cuba kuatkan semangat. Bacaan ayat Kursi bermain di mulut, mata dipejamkan, Kak Tymah bayangkan rumah Kak Tymah dari lantai sampai ke bumbung, lepas tu Kak Tymah tiup dengan niat bacaan tadi untuk lindungi rumah. Kak Tymah yakin dengan izin Allah, pasti boleh.
Selepas memabaca sebanyak tiga kali dan tiup tiga kali, Kak Tymah bangun dan jalan ke ruang tamu dan berdiri di tengah-tengah ruang tamu, cuba memasang telinga. Alhamdulillah dan tiada bunyi pasir tadi. Kemudian, Kak Tymah berdiri di dapur pula sambil memasang telinga, bunyi tadi sudah tiada. Alhamdulillah syukur sangat.
Tapi sebab takut punya pasal, malam tu tak jadi masak. Sempat panaskan kuali saja tadi. hehe Penakut Kak Tymah ni... jadi malam tu Kak Tymah keluar makan di luar.
Sampai sekarang ni Kak Tymah tak tahu benda apa yang dok ikut Kak Tymah tu. Ada yang kata bunyi pasir tu adalah bunyi rambut benda tu... rambut yang panjang meleret. Tapi dah kenapa pulak dok ikut Kak Tymah pi merata dalam rumah tu. Orang pi depan, dia pun terbang pi depan, orang pi dapur dia pun pi dapur.
Itulah salah satu peristiwa seram yang Kak Tymah lalui masa tinggal di rumah lama dulu. Dahla masa tu sorang-sorang di rumah. Alhamdulillah sejak dah tiada kaitan dengan rumah tu, dah tiada gangguan lagi dah. Alhamdulillah. Kak Tymah doakan semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah, amin...
No comments:
Post a Comment